Nature

Nature
Peace

Thursday 18 December 2014


11/12/14..Minggu akhir  kelas Visual Technology Production untuk Semester ini.
Kelas yang paling awal habis di antara kelas-kelas lain untuk saya pada semester ini. Minggu ini dipenuhi dengan lecture dari Dr.J.

Masih lagi menyambung penjelasan mengenai 'printing'. Lecture dimulakan dengan mencari penyelesaian situasi untuk mencetak gambar.
Situasi 1: Gambar asal kecil dengan resolusi rendah dan hendak dicetak besar dengan resolusi tinggi.
Situasi 2: Gambar asal besar dengan resolusi tinggi dan hendak dicetak kecil dengan resolusi sama.
Penyelesaiannya: 'uncheck' resample image semasa menukar saiz dan resolusi gambar sebelum dicetak(Photoshop, image, image size)


Dr J juga amat sporting untuk berkongsi format soalan peperiksaan kepada kami yang masih dalam teka teki. Soalannya mungkin nampak mudah tetapi agak 'tricky'. InsyaAllah, kami akan mencuba sedaya upaya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada kedua-dua Dr iaitu Dr.Shah dan Dr.J atas segala ilmu, tunjuk ajar, bimbingan, motivasi dan gurauan Dr berdua yang menceriakan di samping mendidik kami semua tanpa jemu. Walaupun kelas sudah berakhir, tetapi kami perlu terus belajar untuk mendalami lagi ilmu ini dan ilmu-ilmu lain yang tidak akan habis.Tidak lupa kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu. Semoga kita semua akan berjaya dengan cemerlang.Amiin..

Akhir kata, doakan kejayaan kami.


Sekian...Assalamualaikum  w.b.t...





1 comment:

  1. gud luk le jawab exam nanti ye.....AWAS! tricky question di hadapan....

    ReplyDelete