Nature

Nature
Peace

Thursday 18 December 2014


11/12/14..Minggu akhir  kelas Visual Technology Production untuk Semester ini.
Kelas yang paling awal habis di antara kelas-kelas lain untuk saya pada semester ini. Minggu ini dipenuhi dengan lecture dari Dr.J.

Masih lagi menyambung penjelasan mengenai 'printing'. Lecture dimulakan dengan mencari penyelesaian situasi untuk mencetak gambar.
Situasi 1: Gambar asal kecil dengan resolusi rendah dan hendak dicetak besar dengan resolusi tinggi.
Situasi 2: Gambar asal besar dengan resolusi tinggi dan hendak dicetak kecil dengan resolusi sama.
Penyelesaiannya: 'uncheck' resample image semasa menukar saiz dan resolusi gambar sebelum dicetak(Photoshop, image, image size)


Dr J juga amat sporting untuk berkongsi format soalan peperiksaan kepada kami yang masih dalam teka teki. Soalannya mungkin nampak mudah tetapi agak 'tricky'. InsyaAllah, kami akan mencuba sedaya upaya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada kedua-dua Dr iaitu Dr.Shah dan Dr.J atas segala ilmu, tunjuk ajar, bimbingan, motivasi dan gurauan Dr berdua yang menceriakan di samping mendidik kami semua tanpa jemu. Walaupun kelas sudah berakhir, tetapi kami perlu terus belajar untuk mendalami lagi ilmu ini dan ilmu-ilmu lain yang tidak akan habis.Tidak lupa kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu. Semoga kita semua akan berjaya dengan cemerlang.Amiin..

Akhir kata, doakan kejayaan kami.


Sekian...Assalamualaikum  w.b.t...





Tuesday 9 December 2014



Bertemu lagi di bulan yang baru..4 Disember 2014..
Seperti biasa ade pembentangan dari kumpulan seterusnya, Jef, Lin , Mas dan Sani..
Jef membentangkan tajuk printing teknologi, iaitu sejarah printing dan printer.








Antara printer terawal (Dotmatrix)












Diikuti oleh Bubble Jet













Seterusnya Laser Jet.

Lin pula menceritakan tentang warna RGB dan CMYK.
Gambarannya adalah seperti berikut;
Skop warna

 Perbezaan warna

 Hasil cetakan.

Sani memberi penerangan mengenai digital printing. Dan Mas pula menceritakan jenis-jenis kertas dan pemilihan kertas yang sesuai untuk membuat cetakan yang berbeza.

Akhirnya Dr.J menambahkan lagi penjelasan yang lebih mendalam mengenai dpi, ppi, resolution.Lebih tinggi dpi(original), lebih berkualiti printing.
Dpi di komputer adalah 72dpi sahaja. Jadi untuk mendapatkan gambar yang cantik untuk printing, cara yang paling baik ialah ambil gambar dengan image yang paling besar.

Kita juga diajar cara mengukur print saiz yang sesuai dengan imej saiz mengikut saiz mp kamera kita.
Convert pixels kepada inch.
Pixel / DPI = Inch(saiz print)

Dr. J juga telah memberi dua situasi permasalahan mengenai pixel dan cetakan yang perlu diselesaikan...
Bagaimana ye...?

Jumpa lagi..


27 November 2014..Sambungan 'Manipulating Image'
Minggu ini kami belajar sambungan tajuk minggu lepas iaitu bagaimana  memanipulasi imej dengan menggunakan clone stamp, healing brush dan patch tools.
Faizah menunjukkan cara-cara untuk menggunakan tools tersebut.
 Untuk menyalin imej ke fail yang lain










Contohnya.











Healing Brush: Untuk menyamakan latar/ warna







Hasilnya.














Minggu ini juga Dr.J telah menunjukkan kepada kami cara-cara menggunakan clone stamp tool dengan lebih berkesan dan mudah. Tidak lupa juga menggunakan quick selection tool seperti berikut.

















Banyak sungguh ilmu yang dipelajari minggu ini dan kami akan cuba untuk mempraktikkannya.

Terima kasih Dr. dan Faizah serta rakan-rakan...