Nature

Nature
Peace

Thursday 18 December 2014


11/12/14..Minggu akhir  kelas Visual Technology Production untuk Semester ini.
Kelas yang paling awal habis di antara kelas-kelas lain untuk saya pada semester ini. Minggu ini dipenuhi dengan lecture dari Dr.J.

Masih lagi menyambung penjelasan mengenai 'printing'. Lecture dimulakan dengan mencari penyelesaian situasi untuk mencetak gambar.
Situasi 1: Gambar asal kecil dengan resolusi rendah dan hendak dicetak besar dengan resolusi tinggi.
Situasi 2: Gambar asal besar dengan resolusi tinggi dan hendak dicetak kecil dengan resolusi sama.
Penyelesaiannya: 'uncheck' resample image semasa menukar saiz dan resolusi gambar sebelum dicetak(Photoshop, image, image size)


Dr J juga amat sporting untuk berkongsi format soalan peperiksaan kepada kami yang masih dalam teka teki. Soalannya mungkin nampak mudah tetapi agak 'tricky'. InsyaAllah, kami akan mencuba sedaya upaya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada kedua-dua Dr iaitu Dr.Shah dan Dr.J atas segala ilmu, tunjuk ajar, bimbingan, motivasi dan gurauan Dr berdua yang menceriakan di samping mendidik kami semua tanpa jemu. Walaupun kelas sudah berakhir, tetapi kami perlu terus belajar untuk mendalami lagi ilmu ini dan ilmu-ilmu lain yang tidak akan habis.Tidak lupa kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu. Semoga kita semua akan berjaya dengan cemerlang.Amiin..

Akhir kata, doakan kejayaan kami.


Sekian...Assalamualaikum  w.b.t...





Tuesday 9 December 2014



Bertemu lagi di bulan yang baru..4 Disember 2014..
Seperti biasa ade pembentangan dari kumpulan seterusnya, Jef, Lin , Mas dan Sani..
Jef membentangkan tajuk printing teknologi, iaitu sejarah printing dan printer.








Antara printer terawal (Dotmatrix)












Diikuti oleh Bubble Jet













Seterusnya Laser Jet.

Lin pula menceritakan tentang warna RGB dan CMYK.
Gambarannya adalah seperti berikut;
Skop warna

 Perbezaan warna

 Hasil cetakan.

Sani memberi penerangan mengenai digital printing. Dan Mas pula menceritakan jenis-jenis kertas dan pemilihan kertas yang sesuai untuk membuat cetakan yang berbeza.

Akhirnya Dr.J menambahkan lagi penjelasan yang lebih mendalam mengenai dpi, ppi, resolution.Lebih tinggi dpi(original), lebih berkualiti printing.
Dpi di komputer adalah 72dpi sahaja. Jadi untuk mendapatkan gambar yang cantik untuk printing, cara yang paling baik ialah ambil gambar dengan image yang paling besar.

Kita juga diajar cara mengukur print saiz yang sesuai dengan imej saiz mengikut saiz mp kamera kita.
Convert pixels kepada inch.
Pixel / DPI = Inch(saiz print)

Dr. J juga telah memberi dua situasi permasalahan mengenai pixel dan cetakan yang perlu diselesaikan...
Bagaimana ye...?

Jumpa lagi..


27 November 2014..Sambungan 'Manipulating Image'
Minggu ini kami belajar sambungan tajuk minggu lepas iaitu bagaimana  memanipulasi imej dengan menggunakan clone stamp, healing brush dan patch tools.
Faizah menunjukkan cara-cara untuk menggunakan tools tersebut.
 Untuk menyalin imej ke fail yang lain










Contohnya.











Healing Brush: Untuk menyamakan latar/ warna







Hasilnya.














Minggu ini juga Dr.J telah menunjukkan kepada kami cara-cara menggunakan clone stamp tool dengan lebih berkesan dan mudah. Tidak lupa juga menggunakan quick selection tool seperti berikut.

















Banyak sungguh ilmu yang dipelajari minggu ini dan kami akan cuba untuk mempraktikkannya.

Terima kasih Dr. dan Faizah serta rakan-rakan...

Wednesday 26 November 2014



21 November 2014
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..Outing untuk photo shoot..Ke Melaka kita...
Cuaca memang tidak menepati ramalan, disangka hujan rupanya panas. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dapatlah kita mengambil gambar apa yang patut.

Antara gambar-gambar yang saya ambil;







Saya rasa macam biasa-biasa saja..Susah rupanya nak cari 'angle' yang menarik. Perlu  belajar dan belajar lagi...
Jumpa lagi..

Tuesday 25 November 2014










20 November 2014...
Penerokaan penggunaan Adobe Photoshop bersambung...persembahan daripada kumpulan Efa, Shaha dan Faizah.
1. Combining image daripada Efa.
Bagaimana nak menggabungkan pelbagai image di dalam satu image yang utama.
a. Pilih satu background, crop dan scale.(selepas scale mesti apply)
b. Pilih image yang lain,  select (magic wand tool), drag ke dalam image, edit, transform, scale untuk size yang sesuai.
Contoh;






Epal dan marina Singapura.










Seterusnya Shasha menunjukkan cara untuk menggunakan special effect di photoshop seperti ;
1. Font, colour, design, (fx style)
2. Menggunakan spot healing brush .
Contoh:


3. Filter, liquify;
Contoh;
















Inilah di antara eksperimen yang saya cuba dari pembelajaran yang lepas. Masih banyak yang perlu saya dipelajari dan perbaiki lagi...

Jumpa lagi...














13 November 2014...
Bermulalah episod sepenuhya bersama Adobe Photoshop. Amat mengujakan dan mendebarkan.
Kelas dimulakan dengan presentation dari kumpulan Rasdi,   bertajuk Manipulating Digital Image.
Rasdi memulakan presentation dengan menunjukkan cara-cara membuat imej transformation, iaitu rotation,shrewed, crop,hue dan saturation.
Contoh-contoh imej transformation:












Image selepas diedit untuk perspective


Adobe photoshop; Edit, transform, rotate/skew/perspective/distort/warp.

Untuk menukar warna(colour modifying) pula, mereka menunjukkan cara mengubah warna belon.
Contoh;
                                                                       

 Image diedit menggunakan selective colour.



Adobe Photoshop; Image,adjustment, replace colour, choose selection,eyedropper tool,choose colour that we want to change and then choose new colour, ok.

Using Hue(the colour) and saturation(intensity of the colour)
Adobe Photoshop; Image, adjustment, replace colour,  hue/saturation.

Akhirnya ialah (modifying image lighting)- to add lighting to the image
Contoh;
         Underexpose image

Image edited with lighting

Adobe photoshop: Image, adjustment, shadow/highlight, curves,level
Ataupun boleh dibuat adjustment pada window sebelah kanan..


Assignment:

Sebelum berakhirnya kelas ade tugasan yang perlu dibuat, Dr J menunjukkan cara untuk menukar background dan memberi tugasan tersebut kepada kami. Nampaknya mungkin ini cara yang paling mudah untuk menukar background. Harap boleh diterima.




Sekian sahaja untuk minggu ini.
Terima kasih.

Wednesday 19 November 2014



6 November 2014..
Minggu ini, kami berkenalan dengan Dr. Jamaludin Hassan yang akan menggantikan Dr. Shah sehingga akhir semester ini..
Minggu ini juga adalah presentation dari Kumpulan kami,K. Zaharah, Siti Fatimah dan saya Haliza.
Kumpulan kami membentangkan tajuk Basic Image Editing.
Antara tajuk kecilnya ialah Introduction to image editing software .Di antara software yang boleh digunakan adalah:

Antara fungsi image editor ialah:
}Noise reduction
}Removal of unwanted elements
Selective color change



}Cropping an image
}Selecting and merging of images
}Image orientation
}Sharpening and softening image
}Slicing of images
}Change color depth
}Contrast change and brightening
}Color adjustments
Stamp Clone Tool
}Selecting and merging of images

Seterusnya Siti Fatimah pula menyampaikan tajuk: Working with Type
Secara ringkasnya adalah bagaimana nak memasukkan tulisan ke dalam image yang dipilih.
 Di dalam Adobe Photoshop, terdapat ikon untuk menambah Text.
Contoh gambar dan text:









Akhirnya giliran saya, persembahan bertajuk: Image size and selection dan resolution.
Saya ringkaskan, di dalam image editing, image selection adalah penting untuk mendapat hasil yang maksima .Image size dan resolution mestilah sekata ataupun tidak jauh berbeza sekiranya ingin menggambungkan 2 imej yang berbeza.
Resolution adalah bergantung kepada jumlah pixel. Pixel adalah jumlah unit digital dalam setiap imej.Jadi semakin banyak pixel, semakin tinggi resolution dan semakin cantik sesuatu imej itu.
Contoh:



Welcome Dr J.Comel orangnya. Nampak agak serius tapi sebenarnya baik.  Berdebar rasanya present depan Dr.J..

Sekian.Jumpa lagi...