2 Oktober 2014..
Minggu yang ke 4..
Sebulan berlalu, ilmu mengenai bidang fotografi bolehlah dikatakan bertambah sedikit demi sedikit walaupun kami rasa semakin kami mendalami ilmu ini semakin banyak kami perlu pelajari. Itulah ilmu Allah, memang sangat luas dan tidak terbatas...
Minggu ini sekali lagi bersama pakar fotografi UTM a.k.a En Fuat.
Creative Lighting System (CLS) dan Studio Lighting perkara yang dipelajari.
Creative Lighting ialah pelbagai cara menggunakan, menggayakan dan pelbagai jenis flash untuk mendapat hasil gambar yang memuaskan.
Jenis-jenis Flash:
-Pop up flash
-Attached flash (boleh ditukar dan dilaras dengan pelbagai jenis untuk situasi yang berbeza)
Pelbagai jenis berbeza untuk jarak yang boleh dicapai (bergantung kepada nombor siri)
Secara asasnya untuk penggambaran di dalam bangunan A: 5.6 ISO:400 SS:1/125.
Sentiasa laraskan SS untuk kesesuaian gambar.
En Fuat juga menerangkan tentang penggambaran di dalam studio yang mana selalunya melibatkan model.Untuk penggambaran ini alat penentu untuk A, ISO dan SS akan digunakan pada model.
Penggambaran model di studio juga memerlukan flash dari softbox dan menggunakan kamera yang bersesuaian.
Sekian terima kasih..
No comments:
Post a Comment